Meraikan Sepuluh Tahun Bersama: CUCKOO International telah menyatukan 18,000 rakyat Malaysia di acara terbesar mereka, Pesta Musik CUCKOOTOPIA, untuk merayakan ulang tahun ke-10 dengan muzik dan rasa terima kasih atas sokongan yang berterusan selama sepuluh tahun.
CUCKOO MERAIKAN SATU DEKAD DI MALAYSIA DENGAN PERLANTIKAN KIM SOO HYUN SEBAGAI DUTA JENAMA TERBARU
- CUCKOO menyambut ulang tahun ke-10 setelah sedekad memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta kediaman yang lebih sihat sebagai Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang terkemuka di Malaysia.
- Sambutan ulang tahun ke-10 CUCKOO yang berlangsung sepanjang tahun mencapai kemuncaknya di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA yang menghiburkan penonton dengan persembahan mengujakan daripada barisan artis mega termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong, DOLLA, 3P, Joe Flizzow, Siti Nordiana, Tomok, Priscilla Abby, Bunkface, dan Firdhaus.
- Turut menyertai barisan duta semasanya, CUCKOO mengumumkan kembalinya “Raja K-Drama”, Kim Soo Hyun sebagai Duta CUCKOO untuk memperkukuhkan usahanya dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat.
KUALA LUMPUR, 16 November 2024 – Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International meraikan tahun ke-10 mencipta kediaman yang lebih sihat di acara terbesarnya setakat ini iaitu Pesta Muzik CUCKOOTOPIA. Diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, acara ini mengumpulkan lebih 18,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk satu malam sambutan, muzik, dan penghargaan bersama atas sokongan yang diterima lebih sedekad yang lalu.
“Sempena sambutan ulang tahun ke-10 ini, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan semua ini termasuk pasukan kami, rakan kongsi, pelanggan dan para peminat. Kejayaan kami ini dibina atas kepercayaan dan sokongan daripada masyarakat di seluruh negara, dan pencapaian ini adalah satu peluang untuk kita bersama-sama meraikan sambutan ini,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon).
Ulang tahun ke-10 CUCKOO yang disambut sepanjang tahun ini mencapai kemuncaknya dengan Pesta Muzik CUCKOOTOPIA yang tampil dengan barisan utama, iaitu Duta CUCKOO Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, and Phei Yong, serta barisan artis terkenal daripada pelbagai latar belakang, seperti DOLLA, 3P, Joe Flizzow, Siti Nordiana, Tomok, Priscilla Abby, Bunkface, Firdhaus dan ramai lagi, menonjolkan usaha CUCKOO untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
Pesta muzik selama 5 jam ini bermula dengan persembahan pra-acara yang memukau oleh penyanyi ikonik The Lima dan Illa Sabry, kedua-duanya merupakan peserta musim terbaru Gegar Vaganza, iaitu pertandingan nyanyian realiti yang terkenal di Malaysia. Turut memeriahkan lagi acara adalah bintang baharu yang sedang meningkat naik, Umairah yang akan mendendangkan lagu-lagu yang mengasyikkan penonton.
Acara utama kemudian dimulakan dengan persembahan yang menggegarkan oleh DOLLA dan 3P, yang mengagumkan pengunjung festival dengan gerakan tarian dinamik mereka. Malam tersebut menjadi lebih meriah dengan persembahan memukau daripada Tomok, Siti Nordiana, dan Priscilla Abby sebelum ucapan utama oleh Encik KC Hoe yang mengimbas kembali perjalanan CUCKOO sepanjang sedekad, “perjalanan kami yang cemerlang sepanjang sedekad yang lalu telah didorong oleh tiga elemen penting, iaitu visi, semangat serta orang kami, dan kami percaya ia akan menjadi asas dan batu loncatan yang akan membawa kami lebih jauh dalam perjalanan kami untuk membina kehidupan yang lebih sihat bagi semua selama dekad yang akan datang.”
Ketika perasaan teruja, perkongsian penghargaan, dan inspirasi tanpa batas memenuhi suasana, sambutan diteruskan dengan persembahan sensasi oleh Firdhaus, Bunkface, dan Joe Flizzow, diikuti dengan persembahan Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, dan Phei Yong yang menyanyikan lagu jenama CUCKOO iaitu #SAMASAMA, yang digubah semula untuk meraikan satu dekad mencipta kediaman sihat bersama rakyat Malaysia.
Kim Soo Hyun Kembali bersama CUCKOO selepas 10 Tahun
Pesta muzik menjadi lebih meriah dengan kemunculan khas Kim Soo Hyun dan pengumuman mengejutkan tentang kembalinya beliau sebagai duta CUCKOO selepas 10 tahun.
“Kepulangan Kim sebagai duta jenama pada Ulang Tahun ke-10 kami amat bermakna, kerana ia mencerminkan ikatan berkekalan antara kami, bukan sahaja bersama beliau, malah juga dengan rakyat Malaysia. Ini adalah peringatan terbaik bahawa visi dan matlamat yang dipegang bersama masih kekal walaupun sedekad telah berlalu. Beliau merupakan wajah global CUCKOO ketika CUCKOO International ditubuhkan di Malaysia dan kini, 10 tahun kemudian, beliau menyertai kami semula pada saat yang sangat penting iaitu permulaan dekad baharu dan hala tuju terbaru kami untuk menginspirasikan rakyat Malaysia menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang tersendiri. #SAMASAMA, kami terus membentuk dan menginspirasi kediaman rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat,” kata Encik KC Hoe.
Kim Soo Hyun yang terkenal dengan usahanya yang tidak berbelah bahagi dalam mencapai kecemerlangan membolehkan beliau membina portfolio kerjaya yang pelbagai serta mendapat pengiktirafan yang meluas, termasuk peranan terbarunya dalam K-drama sensasi, “Queen of Tears”.
“Kami memilih beliau sebagai duta kami kerana dorongan berterusan beliau untuk memajukan diri dengan jayanya mencerminkan falsafah “Beyond Standards” CUCKOO. Kami juga percaya bahawa amalan gaya hidup sihatnya akan memberi inspirasi kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat,” tambah Encik KC Hoe.
Pencapaian CUCKOO International Sepanjang Satu Dekad
CUCKOO International telah menyaksikan perkembangan yang luar biasa sepanjang sedekad yang lalu dalam komitmennya untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memupuk kehidupan yang lebih sihat. Perjalanannya bermula dengan pengenalan penapis air beralkali ringan dan periuk serbaguna. Dalam lima tahun pertama, CUCKOO International telah memberi tumpuan untuk membina syarikatnya sebagai sebuah jenama peralatan rumah. Pada tahun 2020, walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran yang mencabar serta pandemik yang berlaku, syarikat tersebut telah mengatasi segala rintangan dan berjaya berkembang untuk menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) dengan portfolio produk yang pelbagai dari segi peralatan dan barangan isi rumah, produk penjagaan kulit dan produk makanan bernutrisi, serta servis penjagaan dan pembersihan kediaman yang ditawarkan menerusi empat segmen perniagaan, iaitu “CUCKOO-branded”, “CUCKOO Co-Created”, “WonderLab | WonderDewi”, dan “WonderKlean”.
Dengan hasil pendapatan sebanyak RM1.117 bilion yang dicatatkan pada tahun 2023, kejayaan syarikat sebahagian besarnya didorong oleh model perniagaan yang memberi tumpuan kepada kemudahan akses kepada ekosistem kesejahteraan holistik produk dan perkhidmatannya melalui pelbagai pelan sewaan, termasuk CUCKOO GOOODPLANTM. Dilancarkan pada tahun 2017, CUCKOO GOOODPLANTM adalah pelan sewaan fleksibel yang mengurangkan halangan akses kepada peralatan kediaman yang biasanya mahal untuk kebanyakan orang, seterusnya membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Encik KC Hoe mengakhiri ucapannya dengan, “perjalanan kami sentiasa berfokus pada mencipta gaya hidup yang lebih sihat melalui penyelesaian yang mudah akses supaya rakyat Malaysia diperkasakan untuk menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka. Kini kami lebih komited berbanding sebelum ini dengan membuat perubahan untuk bukan hanya menjadi sekadar Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) malah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) mereka sendiri.”
Pesta Muzik CUCKOOTOPIA dijayakan dengan sokongan rakan media rasmi, Astro, ERA, MY, HITZ dan GOXUAN; rakan kongsi e-dagang rasmi, TikTok Shop, dan rakan lokasi rasmi, Sunway Lagoon. Turut menyokong dan menjayakan acara tersebut adalah rakan kongsi seperti WonderLab, WonderDewi, Neutrovis, Kinohimitsu, Watsons, Fitness First, Celebrity Fitness, The Fish Bowl, Love Earth, Color King, STEP8IGHT, Over, Creative Labs, HWC Coffee dan SongHwa.
Meraikan Sepuluh Tahun Bersama: CUCKOO International telah menyatukan 18,000 rakyat Malaysia di acara terbesar mereka, Pesta Musik CUCKOOTOPIA, untuk merayakan ulang tahun ke-10 dengan muzik dan rasa terima kasih atas sokongan yang berterusan selama sepuluh tahun.
Dari sekadar impian yang kecil kepada kediaman sihat tak terkira. Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon), Pengarah Eksekutif & CEO CUCKOO International (MAL) Berhad, berkongsi bahawa perkembangan syarikat telah didorong oleh visi, semangat, dan pasukannya , dan beliau percaya bahawa elemen-elemen ini akan terus menjadi faktor utama dalam mendorong kemajuan syarikat pada dekad-dekad akan datang.
Pesta Musik CUCKOOTOPIA turut digemparkan dengan pengumuman mengejut tentang kembalinya Kim Soo Hyun sebagai duta jenama CUCKOO bagi menandakan permulaan dekad baharu yang penuh potensi.
Kim Soo Hyun (kedua dari kanan) menyertai barisan duta jenama semasa untuk meningkatkan usaha CUCKOO dalam memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. Turut kelihatan (dari kiri) Duta Jenama CUCKOO, Phei Yong dan Jaclyn Victor; Pengarah Eksekutif & CEO CUCKOO International (MAL) Berhad, Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon); dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Ini adalah satu pencapaian untuk diraikan. CUCKOO International menyambut ulang tahun ke-10 dalam mencipta rumah yang lebih sihat dan memberi inspirasi kepada orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat untuk hidup lebih sihat sebagai Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator).
Foto berkumpulan (dari kiri):
- Encik Anthony Chua, Pengurus Besar CUCKOO Singapura;
- Encik Eric Kok, Timbalan Pengurus Besar CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Encik Cho Han Chul Pengurus Besar Unit Perniagaan Luar Negara CUCKOO Korea;
- Encik Bryan Yeong, Ketua Pegawai Kewangan CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Encik Toh Seng Lee, Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Duta Jenama CUCKOO;
- Kim Soo Hyun, Duta Jenama CUCKOO;
- Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon), Pengarah Eksekutif & CEO CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Jaclyn Victor, Duta Jenama CUCKOO;
- Phei Yong, Duta Jenama CUCKOO;
- Cik Sam Mak, Isteri Encik KC Hoe;
- Encik Hur Jae Young, Pengarah CUCKOO Korea;
- Cik Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Encik Nick Chin, Timbalan Pengurus Besar CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Cik Jamie Lim, Timbalan Pengurus Besar CUCKOO International (MAL) Berhad; dan
- Encik Wong Kim Guan, Pengarah Urusan CUCKOO Brunei.
(Dari kiri) Duta Jenama CUCKOO, Phei Yong, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor bergabung untuk menyanyikan lagu #SAMASAMA CUCKOO, meraikan sepuluh tahun mencipta rumah sihat untuk rakyat Malaysia.
Kim Soo Hyun dilantik sebagai Duta Jenama CUCKOO atas semangatnya terhadap gaya hidup sihat yang sepadan dengan nilai-nilai CUCKOO.
(Dari kiri):
- Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon), Pengarah Eksekutif & CEO CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Kim Soo Hyun, Duta Jenama CUCKOO; dan
- Cik Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International (MAL) Berhad.
Kim Soo Hyun, duta jenama baru CUCKOO bergambar bersama Penapis Air CUCKOO GRANDE, melambangkan permulaan perjalanan baru bersama CUCKOO untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
CUCKOO International berhasrat untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi pencipta rumah sihat mereka sendiri dengan pelbagai solusi rumah sihat yang ditawarkan.
(Dari kiri):
- Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon), Pengarah Eksekutif & CEO CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Kim Soo Hyun, Duta Jenama CUCKOO; dan
- Cik Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International (MAL) Berhad