Dipilih oleh rakyat Malaysia dan diiktiraf kerana peranannya dalam memupuk gaya hidup sihat, CUCKOO International (MAL) Berhad berbesar hati semasa Pn. Queenie Goh, Ketua Eksekutif Pemasaran (enam dari kiri) menerima Anugerah Perak untuk kategori Produk & Kedai Pembaikan Rumah di Putra Brand Awards 2024.
RECOGNISED AS MALAYSIA’S HEALTHY HOME CREATOR, CUCKOO INTERNATIONAL CELEBRATES DOUBLE VICTORY AT THE PUTRA BRAND AWARDS AND PUTRA ARIA BRAND AWARDS 2024
KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025– CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO International” atau “CUCKOO”), Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) di Malaysia, sekali lagi menerima pengiktirafan nasional dengan merangkul dua anugerah berprestij: Anugerah Perak bagi kategori ‘Produk & Kedai Pembaikan Rumah’ (Home Improvement Products & Stores) di Putra Brand Awards 2024 dan Anugerah Emas untuk kategori ‘Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar’ (Personal, Household & Outdoor Appliances) di Putra Aria Brand Awards 2024. Diadakan baru-baru ini di The Majestic Hotel, pencapaian ini menegaskan komitmen berterusan CUCKOO untuk menginspirasikan rakyat Malaysia menjadi Healthy Home Creators™ (Pencipta Kediaman Sihat) mereka sendiri dengan mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesejahteraan diri dan keluarga serta mencipta ruang yang mendorong gaya hidup lebih sihat dan bahagia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon), menyatakan penghargaan beliau atas sokongan yang berterusan daripada para pelanggan. “Ini merupakan permulaan yang kukuh bagi tahun 2025 yang juga merupakan tahun ke-11 penubuhan syarikat kami. Penerimaan anugerah berprestij seperti ini secara berterusan setiap tahun telah membuktikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kami. Kami akan terus komited terhadap inovasi, menyediakan penyelesaian terbaik kepada pelanggan, dan terus menginspirasikan semua untuk menjadi Healthy Home Creators™ (Pencipta Kediaman Sihat) mereka sendiri. Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan berterusan mereka yang menjadi pemangkin kepada usaha kami untuk terus cemerlang dalam menyampaikan produk dan servis Beyond Standards. Dengan lebih banyak kemajuan menarik yang menanti, kami teruja menyambut tahun yang akan datang bersama peluang-peluang yang bakal dibawa bersama.”
Sejak penubuhannya pada tahun 2014, CUCKOO International berkomited untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dengan menyediakan penyelesaian rumah yang inovatif dan berkualiti tinggi. Sebagai peneraju dalam industri ‘Kediaman Sihat’ (Healthy Home), CUCKOO sentiasa memperkenal inovasi baharu termasuk dua kategori produk baharu, Mesin Basuh dan Pengering CUCKOO KNIGHT (CUCKOO KNIGHT Washer & Dryer) dan Mesin Lari CUCKOO B-FIT (B-FIT Treadmill) yang diperkenalkan pada tahun 2024. Penambahan ini telah mengembangkan rangkaian produk mereka kepada sepuluh kategori, menjadikannya salah satu yang paling meluas dalam industri serta menawarkan penyelesaian Kediaman Sihat (Healthy Home) yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia.
Pn. Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, juga berkongsi, “Visi kami tetap untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi Healthy Home Creators™ (Pencipta Kediaman Sihat) bagi diri dan keluarga mereka. Lebih daripada sekadar menawarkan produk atau servis, kami menumpukan sepenuh perhatian pada membina hubungan yang bermakna dengan pelanggan kami melalui pengalaman pelanggan yang luar biasa seperti pertandingan menarik dengan hadiah yang mengubah kehidupan mereka, program jelajah ke seluruh negara demi mendekatkan diri kami dengan komuniti di seluruh Malaysia, sambutan secara besar-besaran yang merapatkan pelanggan dengan selebriti kegemaran mereka, dan banyak lagi. Dengan mendengar keperluan mereka dengan teliti dan sentiasa berada di hadapan trend industri, kami berhasrat untuk terus menetapkan standard baharu serta mencipta impak positif yang berkekalan untuk kediaman rakyat Malaysia.
Untuk meraih penghormatan sebagai pilihan rakyat, CUCKOO International telah melancarkan beberapa kempen berimpak besar pada tahun lalu untuk memperkukuhkan hubungan lebih rapat bersama rakyat Malaysia. Antaranya termasuk CUCKOO X RIUH #SAMASAMA Raya Bazaar yang meriah, Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, serta pelantikan strategik duta, terutamanya dengan penambahan terbaru, Raja K-Drama, Kim Soo Hyun, sebagai salah seorang duta jenama ini. Perlantikannya mengukuhkan lagi komitmen CUCKOO untuk berhubung dengan komuniti dan menginspirasi rakyat Malaysia agar menjadi #SAMASAMAHealthier.
Anjuran Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Putra Brand Awards dan Putra Aria Brand Awards merupakan anugerah berprestij yang meraikan jenama-jenama yang paling dipercayai dan disayangi di Malaysia. Keunikan anugerah ini terletak pada penentuannya yang sepenuhnya berdasarkan undian pengguna. Tinjauan tahun ini menerima lebih daripada 50,000 maklumbalas mencerminkan suara dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama pilihan mereka. Diiktiraf sebagai ‘Anugerah Pilihan Rakyat’, ia melambangkan penanda aras tertinggi kecemerlangan jenama di negara ini. Dengan pencapaian tahun ini, CUCKOO International dengan bangganya telah meraih anugerah keempat di Putra Brand Awards dan anugerah kedua di Putra Aria Brand Awards, sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna Malaysia.
Dipilih oleh rakyat Malaysia dan diiktiraf kerana peranannya dalam memupuk gaya hidup sihat, CUCKOO International (MAL) Berhad berbesar hati semasa Pn. Queenie Goh, Ketua Eksekutif Pemasaran (enam dari kiri) menerima Anugerah Perak untuk kategori Produk & Kedai Pembaikan Rumah di Putra Brand Awards 2024.
Pn. Serene Choot, Pengurus Pemasaran bagi CUCKOO International (MAL) Berhad (kelima dari kanan) dan pasukan membawa pulang Anugerah Emas berprestij dalam kategori Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar di Putra Brand Awards 2024, sebuah pengiktirafan tentunya akan menyemarakkan misi mereka untuk terus memupuk rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier.